Result PT3 ?



∞ Brєαthє Fαshìon ∞ | via Facebook
Hai hai hai and Assalamualaikum. Lama tak update blog kan ? Bukan sengaja tak nak update blog ni tapi line wifi tu nauzubillah betul musim musim hujan ni faham faham lah ya. Ok hari ni Nabilah nak cerita pasal result PT3 Nabilah. Sebenarnya tak nak cerita tapi sebab ramai yang tanya malas lah nak mengelak lagi. Bagitahu je lah walaupun agak memalukan keputusannya. Nanti dah tahu jangan tanya lagi eh ! Siapa tanya lagi memang tak pasal pasal esok pagi aku bakar rumah engko nanti hahaha. Siapa nak tahu resultnya sila scroll !












































INI LAH KEPUTUSANNYA 

((Sengetkan Kepala Anda))

  1. BM (BERTULIS) = 81 (A)
  2. BM (LISAN) = (A)
  3. BI (BERTULIS) = Disemak oleh Pentaksir (A)
  4. BI (LISAN) = (B)
  5. MATH = 67 (C)
  6. SAINS = 70 (B)
  7. GEO = 94 (A)
  8. SEJ = 92 (A)
  9. AG = 76 (B)
  10. KH (PERDAGANGAN) =71 (B)
  11. Bahasa Arab = 80 (A)

Nabilah tahu markah Nabilah sebab hari tu ada semakan semula. Semua pelajar PT3 dapat tahu markah sebenar sebelum result keluar. Tak percaya cuba lah tanya diaorang semua. Yang BItu tak tahu lah markahnya berapa sebab masa semakan semula tu kertas nya ada kat pentaksir so tak tahu berapa tapo dalam result A lah hehehe terkejut jugak BI Nabilah dapat A lol.

So semuanya 6A 4B 1C. Ada C dalam resultnya haih nak buat macam mana dah cuba tu je yang mampu. Memang Gred Naik tapi C tetap C. Hmm dah lah my fav subject yang c tu. Ramai kawan kawan Nabilah kata "result kau ok lah" Inside my heart "kau kata ok aku dah lah ada c kat subject kegemaran aku pulak tu" tapi alhamdulillah lah bersyukur lah result nya macam tu Nabilah bersyukur kepada yang Satu. Alhamdulillah.


Pencil #drawing by @rajacenna made at the age of 18 (2011) Wishing for a miracle  - rajacenna.com

Nak menangis Air mata darah pun tak guna dah. Terima je lah dengan redha. Lepas ni kita ready untuk spm pulak ! Hehehe. Ok lah lapar ni nak makan nyum nyum bye !