Crush.


♥ Dı ßΔwZ ♥ (_Maarriiz_) på Twitter

Assalamualaikum.Wahahahahahha , akhirnya dapat jugak Nabilah update blog.setelah sebulan lamanya terpaksa dipisahkan.akhirnya dapat bukak jugak diary yang dah busuk ni.Hari ini Nabilah nak cerita pasal crush.'Choyy , crush.' Crush ? Apa tu ? Crush bermaksud orang yang kita suka dalam diam.Eh ? Eh ? Bila nak start ni ? Hahahahahaha.Ceritanya macam ni , Nabilah kenal budak ni dari Facebook.Dia selalu tegur Nabilah.Kalau Nabilah dalam masalah dia mesti selalu ada untuk dengar masalah Nabilah.Budak ni bawah umur dari Nabilah , beza setahun.Beza setahun ? Macam teruk je suka dengan budak tak matang kan ? Tapi nak buat macam mana hati kita tak boleh nak tipu kan ? Hari tu pernah lah nampak dia masa nak balik sekolah.Tak hensem pun sebenarnya tapi Nabilah bukan jenis yang tengok pada keHENSEMan seseorang ya , Nabilah tengok pada keJUJURan.Sebenarnya nak ambil dia jadi adik angkat tapi malu lah nak cakap.

Ulzzang | via Facebook

Makin lama perasaan tu makin hilang dan hilang.Alhamdulillah , Dapat jugak jauhi Zina Hati yang makin berleluasa.Sebenarnya , Nabilah malas nak fikir pasal couple semua tu sebab rasa macam buang masa je.Baik belajar kan ? Daripada kita fikir pasal bf , crush.Belajar punya Belajar akhirnya lupa juga pasal crush yang tak matang tadi tu.Normal lah tu kan ada crush semua tu.Dah remaja gitu :3 Tapi yang paling lawak boleh pulak suka kat form 1 ? Ya Allah , Kelakarnya lah bila ingat balik.Hahahahahahaha.Tapi itu semua dulu , sekarang dah tak ada crush dah.Siapa nak jadi crush Nabilah kena isi borang ? Nak tak ? Hahahahahaha.k,Gurau.Setakat itu sahajalah cerita saya yang pelik ini.Terima Kasih sudi baca.Selamat Malam Semua ^^

Tutorial : Edit Html Versi Baru (1)


*-* | via Facebook

Assalamualaikum.Semalam Nabilah bukak Ask.Fm tiba-tiba jumpa soalan yang berbunyi seperti dibawah.



1.Klik Dropdown seperti gambar dibawah


2.Bila dah klik Dropdown tadi nanti dia akan keluar macam ni kan ?


3.Tulisan Biru tu coding Edit Html korang.
4.So , bila korang dah klik semua dropdown a.k.a anak panah bentuk segitiga tu , boleh lah korang edit template korang seperti biasa.




Just Keeping Smile



Tumblr

Hi and Assalamualaikum.Semalam , satu sejarah yang takkan dilupakan.Sempena PRU kelas 2 Aliran Agama,kelas Nabilah menjadi tempat mengundi.So ,cikgu semua kemas-kemas lah kelas kitaorang.Masa kemas-kemas tu mula lah satu sejarah yang menyedihkan :'( Acc, kelas kitaorang baru aje habis diHIAS oleh tangan-tangan seni.Semua meja dibalut dengan pembalut bewarna pink dan ada gambar-gambar Family dan Crush >< Dengan sesedap hatinya PSD iaitu Puan Siti Dinar , cabut semua pembalut dan gambar-gambar yang ada atas meja tu.Gambar-gambar semua dia buang , kalau tak silap hari ni nak bakar.Ya Allah , cuba bayangkan gambar-gambar family , crush dan orang-orang yang kita sayang semua nak bakar.Rasa macam kehilangan mereka disisi.Kalau gambar bf , crush tak apa lagi.Ni gambar family :'(
Cikgu tak fikir ke perasaan orang lain ? Kalau ye pun nak tanggal , tanggal lah elok-elok.Bukan main tarik aje.Mula-mula kitaorang tak tau semua ni.Tiba-tiba bina cerita apa yang dia nampak.Masa tu semua dah nak nangis.Sedih kot.Rasa macam orang-orang yang kita sayang tinggalkan kita , pergi menghadap ilahi.Series , sampai rasa macam tu sekali.Lepas solat asar , Nabilah and Firzanah cari gambar-gambar tu kat dalam tong sampah.Budak-budak lain semua tengok.Maybe , masa tu diaorang ingat kitaorang gila.Tapi tak , kitaorang bukan gila ! Cari punya cari , last-last tak jumpa jugak.Harapan hancur berkecai semua.

Flickr

Tiba-tiba terjumpa dengan wak sapu sampah.Kitaorang tanya lah wak nya,mana tahu wak tau ke,Tanya punya tanya last-last dapat tau jugak.Wak tu kata 'Gambar-gambar tu ada dalam bilik PJK , wak yang kutip.Kesian wak tengok gambar korang nak dibakar.Wak pun kutip lah' Ya Allah , masa tu bersyukur sangat.Nasib baik dalam dunia ni ada lagi manusia yang punya hati perut.Tapi masa tu bilik PJK pulak kunci.Haisshh , banyak betul halangan.Lepastu , kitaorang balik kelas dengan hati yang broken.Ingat kan dah tak jumpa gambar tu,tiba-tiba masuk kelas Rabiatul bagi gambar.Nad jumpa.Nasib baik lah.
Dalam hati kitaorang semua masih terfikir semata-mata untuk PRU cikgu sanggup buat semua ni ? Walaupun wak tu kerjanya tak sehebat cikgu tapi dia masih tetap ada hati perut.Kitaorang tak benci atau anti cikgu tapi kitaorang hanya akan ingat apa yang cikgu buat pada kelas kitaorang.Just Keeping Smile and Move On.Sabar itu separu daripada iman.Tak baik anti cikgu yang mengajar kita.Nanti tak berkat ilmu kan ? so, just smile.Senyum itu sedekah.Bye.


April-May Giveaway By Nabila Medan



Assalamualaikum.Setelah sekian lama Nabilah tak join sebarang contest dan giveaway.Akhirnya Join jugak.Korang nak join ? Klik banner.

Nabilah Tag semua yang sedang baca.

I'm Back

Ani Sheckler

Assalamualaikum.Setelah sekian lama tidak mengupdate blog , akhirnya Nabilah kembali mengupdate blog.Sebulan kot tinggalkan blog ni,agaknya ingat lagi ke tak ? hmm.Hope korang ingat lah.Sekarang dah bulan 5 kan ? dan hari ni hari pekerja.Selamat Hari Pekerja okey :) Tu je lah , tak tau lah nak membebel apa.Hahahahaha.Okey , Nabilah akan kembali membuat Tutorial selepas ini.Request kat ask.fm ye.

Proses Perubahan Wajah


 (7) love | Tumblr 

Assalamualaikum.Change , Change and Change Again ! Apa yang akan berubah ? Template blog ini akan berubah.Hahahahaha.*okey , tak lawak* Tapi Template ini dalam Proses Perubahan sebab tu lah korang tengok macam hodoh semacam.Nanti bila dah siap , Baru lah lawa.Insyaallah , dalam masa terdekat ni Nabilah cuba siapkan template blog Nabilah ni.Paling lambat pun seminggu siap.Paling cepat sehari.Tapi disebabkan hari ni dan esok Nabilah sibuk membuat kerja sekolah.Jawapannya minggu depan lah siap template ni -_- Okey , Just wait ye ? Okey lah , nak bagitau itu je.Bye , Assalamualaikum.

2 Days Of Pressure


heart me

Assalamualaikum.Tinggal 2 hari je cuti sekolah dan Nabilah masih belum siapkan kerja sekolah.Jangan kata buat kerja sekolah , pegang buku pun tak.2 Hari ni mesti akan jadi 2 hari yang penuh dengan tekanan.Hari ni ibu kata nak keluar jalan-jalan.So ? Bila nak buat kerja sekolah ni ? I have no time.Tak ada masa ? Bila difikir balik , banyak jugak masa Nabilah yang telah dihabiskan dengan membuat perkara yang tak berfaedah.Nampaknya , memang pening lah hari nie dengan kerja sekolah yang bertimbun.Kasut belum basuh , baju belum gosok.Arghhhh ! pening , pening.
Banyak betul benda yang belum buat.Cuti sekolah hari tu kau buat apa , Nabilah ? tu lah orang suruh buat kerja sekolah , dia buka tv , online lah , jalan-jalan lah.Kalau boleh stopkan masa dah lama Nabilah stop.Kalau tak boleh stop , pause pon boleh lah :b Tapi tak boleh , masa akan tetap Play dan None stop.*masa kenapa kau sungguh kejam kepadaku :'(*

(1) Wonderl4nd | via Facebook 

Study ? Confirm lah tak.Kerja sekolah pun tak siap , lagi lah study.Takut jugak ni , sebab nanti ada PBS band 6 tapi Nabilah belum siapkan apa-apapun.Teruknya lah anak dara sorang ni.Apa nak jadi tak tau lah.Harap-harap Nabilah dapat setelkan semua kerja sekolah dalam masa dua hari ni.Amin.


Simple Giveaway by YayaHatsumi

  

Wanna Join ? Click The Banner. 



SEGMEN UPKAN FOLLOWER BY HANA



Wanna Join ? Click Banner.Tag :


Jumlah Follower Nabilah (29.3.13)





Happy Birthday Aina


Purple Striped Birthday Cake with Large Bow | Beautiful Cake Pictures

Assalamualaikum.Hari ini bertarikhkan 29.3.13 iaitu hari Jumaat , Seorang budak perempuan menyambut hari lahir yang ke-14.Siapa Dia ? Dia ialah rakan terbaik saya yang bernama Aina Hajira.MAAF AYAT INI TERLALU POYO.Korang kenal ke Aina ? confirm lah tak kenal kan ? Tapi buat-buat kenal je lah ye.


Yang pakai tudung kuning tu lah Aina.Dah besar dah.Dulu kecik je.Hahahahaha.Cara Nabilah cakap macam orang tua kan ? Lastly , nak bagi ucapan sikit kat Aina ni.

Happy Birthday Aina.Semoga kau cepat tinggi.Semoga kau cepat kurus.Semoga murah rezeki.Semoga lepas PBS band 6 (sains).Semoga panjang umur.Semoga , semoga , semoga dicucuri rahmat.


Homework.


Sem título

Assalamualaikum.Menyampah sebenarnya nak cerita pasal Homework tapi rasa nak cerita jugak.Homework , perkara yang dibenci oleh pelajar-pelajar di seluruh dunia.*memandai je* tapi betulkan ada ke yang suka homework ? okey , mungkin 1% je.Homework Nabilah memang bertimbun.Rasanya setiap pelajaran ada homework kot.Dengan PBS lagi.hmm , dah lah dah hari khamis , lepas khamis , jumaat , sabtu , ahad lepas tu sekolah.Mana sempat nak siap !
Harap dapat siap lah , dalam masa 4 hari ni , Tak nak lah sampai kena denda.Malu kot.Denda cikgu dah lah amat menyeramkan.

Harap , harap dapat siap :)

Hukum Mengucapkan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://ohmedia.me/ohmedia-majlis-fatwa (portal rasmi fatwa Malaysia)


HADIS PALSU YANG TERSEBAR :

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain, bererti ia telah kafir & Neraka Janahamlah tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

Saya telah bertanya kepada Ustaz Razali Tahir tentang hadis ini dan menurut beliau, hadis ini tiada dalam kitab Bukhari & Muslim. Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak juga mengatakan ianya palsu dan tiada di dalam dua kitab hadis tersebut.

sumber: http://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10151648945959572

Assalamualaikum.

SHARE

Segmen : Saya Nak Doodle Dari MH !



Wanna Join ? Click the banner.

Doodle :  Nak doodle comel Pakai selendang.Senyum lebar.Pakai dress warna purple soft(#F2D4ED) Selendang tu , pilih warna yang sesuai.

2nd Giveaway by SD and Mailey


Wanna Join ? Click the banner.Tag :

Freebies : Cute Smiley


Likes | Tumblr

Assalamualaikum.Hari ni Nabilah nak bagi Freebies Smiley.Korang boleh lah letak dekat dalam chatbox nanti.Barulah berseri Chatbox korang kan ? Kalau korang suka , boleh ambil.Kalau tak suka , buat-buat suka je.

:face72::face71::face70::face69::face68::face67::face66::face65::face76::face75::face74::face73::face55::face56::face57::face58::face59::face60::face61::face62::face63::face64::face54::face53::face52::face51::face50::face49::face48::face47::face46::face45::face43::face43::face42::face41::face40::face39::face38::face37::face29::face28::face27::face26::face25::face24::face23::face22::face21::face30::face31::face32::face33::face34::face35::face36::face20::face19::face18::face17::face16::face15::face14::face13::face12::face11::face10::face9::face8::face7::face6::face5::face4::face3::face2::face1::131::n::x::r::q::22::27::120:

Leave Your Comment.Thanks To You