Just Keeping Smile



Tumblr

Hi and Assalamualaikum.Semalam , satu sejarah yang takkan dilupakan.Sempena PRU kelas 2 Aliran Agama,kelas Nabilah menjadi tempat mengundi.So ,cikgu semua kemas-kemas lah kelas kitaorang.Masa kemas-kemas tu mula lah satu sejarah yang menyedihkan :'( Acc, kelas kitaorang baru aje habis diHIAS oleh tangan-tangan seni.Semua meja dibalut dengan pembalut bewarna pink dan ada gambar-gambar Family dan Crush >< Dengan sesedap hatinya PSD iaitu Puan Siti Dinar , cabut semua pembalut dan gambar-gambar yang ada atas meja tu.Gambar-gambar semua dia buang , kalau tak silap hari ni nak bakar.Ya Allah , cuba bayangkan gambar-gambar family , crush dan orang-orang yang kita sayang semua nak bakar.Rasa macam kehilangan mereka disisi.Kalau gambar bf , crush tak apa lagi.Ni gambar family :'(
Cikgu tak fikir ke perasaan orang lain ? Kalau ye pun nak tanggal , tanggal lah elok-elok.Bukan main tarik aje.Mula-mula kitaorang tak tau semua ni.Tiba-tiba bina cerita apa yang dia nampak.Masa tu semua dah nak nangis.Sedih kot.Rasa macam orang-orang yang kita sayang tinggalkan kita , pergi menghadap ilahi.Series , sampai rasa macam tu sekali.Lepas solat asar , Nabilah and Firzanah cari gambar-gambar tu kat dalam tong sampah.Budak-budak lain semua tengok.Maybe , masa tu diaorang ingat kitaorang gila.Tapi tak , kitaorang bukan gila ! Cari punya cari , last-last tak jumpa jugak.Harapan hancur berkecai semua.

Flickr

Tiba-tiba terjumpa dengan wak sapu sampah.Kitaorang tanya lah wak nya,mana tahu wak tau ke,Tanya punya tanya last-last dapat tau jugak.Wak tu kata 'Gambar-gambar tu ada dalam bilik PJK , wak yang kutip.Kesian wak tengok gambar korang nak dibakar.Wak pun kutip lah' Ya Allah , masa tu bersyukur sangat.Nasib baik dalam dunia ni ada lagi manusia yang punya hati perut.Tapi masa tu bilik PJK pulak kunci.Haisshh , banyak betul halangan.Lepastu , kitaorang balik kelas dengan hati yang broken.Ingat kan dah tak jumpa gambar tu,tiba-tiba masuk kelas Rabiatul bagi gambar.Nad jumpa.Nasib baik lah.
Dalam hati kitaorang semua masih terfikir semata-mata untuk PRU cikgu sanggup buat semua ni ? Walaupun wak tu kerjanya tak sehebat cikgu tapi dia masih tetap ada hati perut.Kitaorang tak benci atau anti cikgu tapi kitaorang hanya akan ingat apa yang cikgu buat pada kelas kitaorang.Just Keeping Smile and Move On.Sabar itu separu daripada iman.Tak baik anti cikgu yang mengajar kita.Nanti tak berkat ilmu kan ? so, just smile.Senyum itu sedekah.Bye.


1 comment:

Anonymous said...

sayang nya kalau gambar tuu di bakar.., satu gambar bawa banyak makna., :) nasib baik selamat. hee