Tak Patut Malaysia Kalah !

Assalamualaikum ^^
Akhirnya sampai disini sahaja perjuangan Harimau Malaya dalam mengejar Piala Suzuki AFF 2012.Berakhir jugak perang dunia ke-2000 antara Malaysia dengan Thailand.Harimau dengan Gajah.Asam Pedas dengan Tom Yam.Silat dengan Tomai.Ombak Rindu dengan Ong Bak.Hahahaha.


Memang ramai yang tak puas hati dengan kekalahan Malaysia kan ? Nak tau kenapa ? Jom baca.

Reff Yang Tidak Adil

Kembar PSY yang mmberi kad merah kepada Fadhli Shas :)



Seperti yang korang tau reff daripada korea yang mengadili perlawanan Malaysia vs Thailand memang tak adil langsung.Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil.Padahal Thailand yang serang Malaysia.Thailand memang pandai berlakon betul ! Dikatakan juga Reff yang bernama LEE MIN HU telah menerima rasuah daripada Thailand.

Padang Sawah Padi

Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.

“AFF sudah dimaklumkan tapi dengan tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.

“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.

“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.

Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.

Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.

Malaysia kalah dimata Thailand tapi bukan dimata kami.Kami bangga menjadi rakyat Malaysia !


2 comments:

hani said...

betul tu. meremang bulu roma baca ayat last tu. haha

Zara Nabilah said...

hahhahaha :)